Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (kécoh) tipu (spt curang dlm mengukur atau menimbang barang, menipu tentang mutu barang dll): dlm perdagangan, banyak ~; mengecoh menipu (dgn kecurangan-kecurangan), memperdayakan: saudagar-saudagar selalu hendak ~ mereka; terkecoh tertipu, terperdaya; pengecohan penipuan: ~ berlaku dr segi timbang dan harga pasaran yg ditetapkan lebih rendah drpd yg sepatutnya; pengecoh penipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /kécoh/ perbuatan curang; tipu (ketika menyukat atau menimbang sesuatu): kena ~ kena tipu; tertipu. mengecoh berlaku curang kpd; menipu: Pekedai-pekedai selalu ~nya. pengecohan perbuatan mengecoh; penipuan. pengecoh orang yg menipu (dlm perniagaan dll); penipu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecoh I.

Peribahasa

Samun sakal berdarah tangan.

Bermaksud :

Sesuatu perkara yang akan diperiksa hendaklah ada buktinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kicang-kecoh ciak). samun sakal = merampas dan menganiaya.

 

Lihat selanjutnya...(2)